Sunday, May 17, 2009

Kenali Rakan-Rakan Anda

Di dalam pelaburan hartanah ini, rakan merupakan di antara asset yang paling penting selain daripada wang.

Ini adalah, melalui rakan-rakan yang betul kita akan dapat banyak khidmata nasihat baik dari segi kewangan mahupun undang-undang.

Nasihat saya, kenali rakan-rakan ada yang bertugas di bank ataupun pejabat guaman.

Banyak tips yang boleh kita dapat melalui rakan-rakan kita.

TIPS: Sekiranya kita hendak memilih khidmat guaman bagi penyediaan dokumen Sales and Purchase Agreement (S&P) dapatkan khidmat guaman daripada peguam yang bertugas di kawasan hartanah tersebut.

Sebagai contoh: sekiranya hendak membeli hartanah di kawasan putrajaya, dapatkan peguam yang bertugas di Putrajaya kerana mereka lebih arif tentang undang-undang dan proses di Putrajaya berbanding kawasan lain di Lembah Klang. Ini secara tidak langsung akan mempercepatkan proses penyediaan dokumen tersebut.

No comments:

Post a Comment