Tuesday, May 5, 2009

Mentaliti Makan Gaji

Tidak dapat dinafikan ramai di kalangan graduan dan anak remaja kita yang lebih cenderung untuk makan gaji daripada berniaga.

Penulis sehingga hari ini masih tidak faham mengapa mentaliti makan gaji ini sudah menjadi semakin sebati di kalangan muda mudi kita.

Adakah golongan muda mudi yang gemar makan gaji ini akan berupaya untuk membawa negara ini mencapai status maju pada tahun 2020????

Lihatlah sekeliling kita, peluang perniagaan adalah amat luas sekiranya tiada peluang mana mungkin golongan buruh asing yang berhijrah ke Malaysia dapat hidup senang lenang.

Tak percaya pergi je jalan Chow Kit dan kira berapa banyak warga indonesia yang telah memulakan perniagaan di situ??? Mungkin sampai satu hari nanti kita kena namakan Chow Kit sebagai Little Indonesia???

Adakah kita akan duduk diam dan membiarkan keadaan ini menular begitu sahaja???

Pendek kata makan gaji boleh disamakan dengan kais pagi makan pagi kais petang makan petang....gaji yang diterima bulan-bulan tidak akan dapat menambah pengalaman kita dari segi pengurusan bisness.

Gaji bulan-bulan akan menyebakan kita leka dan menyababkan kita kelabu mata mengenai peluang perniagaan baru yang patut kita ceburi.

Salah satu alasan yang sering dimainkan di radio mentaliti kita adalah, nak berniaga apa? mana modal? risiko laa???

Cuba tanya diri sendiri, sekiranya para pejuang kemerdekaan kita mempunyai seribu satu alasan seperti di atas, adakah kita akan mengecapi kemerdekaan seperti hari ini???

Tepuk dada tanya diri.

Sekian

No comments:

Post a Comment